Sunday 20 September 2015

BIODATA TOK GAJAH

                                                            
Gambar ini telah dirakam di Masjid Lama Kampung Pulau Tawar Jerantut, ketika beliau muncul kembali dan mengishtiharkan dirinya adalah Mat Kilau pada 26 Disember 1969 iaitu selepas solat Jumaat, diantara kisah yang dapat dikaitkan dengan gambar ini beliau menunjukkan kesan atau bekas tembakan didadanya dan menceritakan seribu satu kisah pengalaman hidupnya yang telah dilalui oleh beliau. usianya ketika itu 122 tahun.

Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahangdengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah,Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai keKangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.
Beliau juga merupakan ketua pasukan pemberontak dalam penentangan terhadap penjajah British dan Sultan. bersama Datuk Bahamandan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin oleh Tok Ku Paloh tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang.
Bersama-sama dengan Datuk BahamanDatuk Lela dan Mat Kilau, Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan Pahang antara tahun 1891 hingga tahun 1895. Bersama dengan Wan Lingga, Tok Gajah telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad.
Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau menyelamatkan diri  ke Ulu Kelantan dan kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir NeringKuala BerangHulu TerengganuTerengganu Darul Iman.
                                 
PUSARA TOK GAJAH DI KUALA BERANG, HULU TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN

RUJUKAN : http:pdtjerantut.pahang.gov.my/
                 :


                                                                                     

No comments:

Post a Comment